Piagam Pelanggan
TERAS PIAGAM
Piagam ini ditujukan khas kepada
setiap pelanggan yang berurusan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
1. KEMUDAHAN UNTUK PELANGGAN
1.1 Setiap pelanggan boleh mendapat
perkhidmatan yang sewajarnya daripada Kementerian ini tanpa mengira umur,
jantina, keturunan, agama atau taraf sosial-ekonomi.
1.2
Setiap pelanggan yang ditakrifkan sebagai dalam keadaan kecemasan akan
diberi perkhidmatan dengan segera.
2. TARAF PERKHIDMATAN
2.1 Setiap pelanggan akan dilayan
dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
2.2 Setiap pelanggan akan diberi
perkhidmatan sebaik mungkin secara profesional.
2.3 Setiap pelanggan akan disediakan
dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna.
3. MAKLUMAT PERKHIDMATAN
3.1
Setiap pelanggan boleh mendapat penjelasan dan nasihat mengenai
perkhidmatan yang diberikan kepadanya.
3.2
Setiap pelanggan boleh mendapat laporan mengenai perkhidmatan yang
diterimanya secepat mungkin setelah membuat permohonan mengikut peraturan yang
ditetapkan.
4. PENDIDIKAN KESIHATAN
4.1
Setiap pelanggan akan diberikan maklumat mengenai aspek-aspek penting
dari segi rawatan kesihatan dan pencegahan penyakit.
KEWAJIPAN PELANGGAN
Untuk membolehkan Kementerian
Kesihatan melaksanakan Piagam ini dengan berkesan, pelanggan adalah
berkewajipan untuk:
(i)
Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan
(ii)
Menjaga kesihatan dirinya dan masyarakat dengan mengamalkan cara hidup
yang sihat dan
(iii) Menggunakan kemudahan-kemudahan yang
disediakan secara bertanggungjawab.
TERAS PIAGAM
Piagam ini ditujukan khas kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
1. KEMUDAHAN UNTUK PELANGGAN
1.1 Setiap pelanggan boleh mendapat
perkhidmatan yang sewajarnya daripada Kementerian ini tanpa mengira umur,
jantina, keturunan, agama atau taraf sosial-ekonomi.
1.2
Setiap pelanggan yang ditakrifkan sebagai dalam keadaan kecemasan akan
diberi perkhidmatan dengan segera.
2. TARAF PERKHIDMATAN
2.1 Setiap pelanggan akan dilayan
dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
2.2 Setiap pelanggan akan diberi
perkhidmatan sebaik mungkin secara profesional.
2.3 Setiap pelanggan akan disediakan
dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna.
3. MAKLUMAT PERKHIDMATAN
3.1
Setiap pelanggan boleh mendapat penjelasan dan nasihat mengenai
perkhidmatan yang diberikan kepadanya.
3.2
Setiap pelanggan boleh mendapat laporan mengenai perkhidmatan yang
diterimanya secepat mungkin setelah membuat permohonan mengikut peraturan yang
ditetapkan.
4. PENDIDIKAN KESIHATAN
4.1
Setiap pelanggan akan diberikan maklumat mengenai aspek-aspek penting
dari segi rawatan kesihatan dan pencegahan penyakit.
KEWAJIPAN PELANGGAN
Untuk membolehkan Kementerian
Kesihatan melaksanakan Piagam ini dengan berkesan, pelanggan adalah
berkewajipan untuk:
(i)
Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan
(ii)
Menjaga kesihatan dirinya dan masyarakat dengan mengamalkan cara hidup
yang sihat dan
(iii)
Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab
No comments:
Post a Comment